Asyik-asyik post hiking kat negeri lain, Negeri Melaka tak de port untuk hiking ke?
Melaka juga mempunyai beberapa bukit yang sesuai bagi anda yang ingin melakukan aktiviti mendaki bukit? Anda boleh memilih beberapa destinasi pendakian seperti berikut :
- Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah di Bukit Senggeh, Selandar
- Hutan Simpanan Kekal Bukit Sedanan
- Bukit Beruang berhampiran Ayer Keroh
- Hutan Rekreasi Tanjung Tuan (Bukit Batu Putih)
Hari ni admin nak post hiking kat Bukit Beruang atau "Bear Hill". Walaupun nama Bukit ini berkait dengan ‘beruang’ jangan risau dekat bukit tu tak de beruang, yang ada monyet je. Ketinggian bukit ni hanya 116 meter nampak mudah tapi jangan mengambil ringan dalam pendakian ke kawasan ini. Tanpa stamina yang mencukupi anda mungkin boleh tersadai atau give up di tengah perjalanan. Bukit Beruang sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti mendaki bukit atau beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian.
Ada 2 starting point untuk ke puncak Bukit Beruang :
- Jalan MH10 in Taman Muzaffar Height (selepas Surau Al-Wahdah)
- Bukit Beruang (bermula dari Jalan Teratai 3, Taman Bunga Raya)
Bukit Beruang mempunyai pemandangan Melaka yang sangat cantik dan pemandangan yang cukup hijau. Walaupun admin dari Melaka, ini pertama kali admin mendaki Bukit Beruang. Untuk pergi ke Bukit Beruang ni, anda perlu melalui kawasan perumahan sebab bukit ni berdekatan dengan Taman Bunga Raya. Paling senang guna Google map (Bear Hill trekking starting point),terus google bawa sampai tempat parking.
Terdapat dua laluan yang boleh digunakan oleh pendaki iaitu laluan tar dan tracking-trail. Laluan tar cuma perlu mendaki 2.4km untuk sampai ke puncak, manakala laluan tracking lebih menarik dan mencabar. Mendaki di Bukit Beruang tidak memerlukan guide kerana laluannya memang jelas kelihatan dan bagi yang first time bolehlah guna laluan tar,confirm takkan sesat. Masa naik admin pilih laluan tracking, masa turun pilih laluan tar.
Admin ingat senang je nak mendaki Bukit Beruang ni, mana tau baru sampai check point 1, admin dah semput macam siput. Laluan dari starting point ke Check Point 1 agak mencabar, pendakian yang menegak, dengan keadaan tanah yang licin, buatkan pendaki agak susah juga nak memanjat. Oleh itu, stamina dan fitness adalah sangat penting untuk mendaki Bukit Beruang.
Pelik tapi benar, ada yang guna kasut "formal" untuk pergi hiking
Group Photo
View Puncak ...
Pemandangan cantik dari atas bukit
Boleh Nampak view area melaka kat sini
Boleh nampak Tanjung Kling dari sini
Laluan Tar
Hati-hati dengan monyet
Sunset View
Location: Bukit Beruang, Melaka
Entrance Fee: FOC
Hiking Trail: around 2.4 Kilometer (up only)
Entrance Fee: FOC
Hiking Trail: around 2.4 Kilometer (up only)
Hiking Altitude : 116.3 meters
Hiking Time: between 1 to 2 hour
Difficulties: 2/5 (Easy to Moderate)
Difficulties: 2/5 (Easy to Moderate)